KERAJAAN Perancis pada Jumaat berkata ia akan membatalkan keperluan ujian negatif Covid-19 untuk semua pelancong sudah divaksin yang tiba di negara itu.
Mulai Sabtu, bukti vaksin sudah mencukupi untuk masuk ke Perancis dari mana-mana negara, sama seperti sebelum penyebaran varian Omicron, kata satu kenyataan kerajaan.
Langkah itu bertepatan dengan “fasa baharu pandemik yang dicirikan di kebanyakan negara dengan dominasi varian Omicron dan kadar vaksinasi lebih tinggi”, katanya.
Pengembara yang tidak divaksinasi masih perlu menunjukkan ujian negatif, tetapi langkah lain seperti ujian semasa ketibaan dan kuarantin akan dikeluarkan jika datang dari negara “senarai hijau”, tambah kenyataan itu.
Bagaimanapun, mereka yang tidak mendapat vaksin dari negara dalam “senarai oren” Perancis, perlu memberi alasan kukuh untuk ke Perancis dan mengambil ujian selepas tiba.
Rejim ujian perjalanan terbaharu Perancis diperkenalkan pada Disember dengan tujuan untuk mengehadkan penularan Omicron dan mencegah lonjakan kes. – AFP 12 Februari, 2022.
Komen