-2.jpg)
MUHYIDDIN Yassin dengan terbukanya menyerang Barisan Nasional (BN) dengan mengingatkan rakyat tentang salah laku dan amalan rasuah yang dilakukan oleh BN sehingga negara dimalukan di seluruh dunia.
Benar, Umno dan BN tidak boleh diizinkan untuk kembali berkuasa untuk merompak wang rakyat. Rakyat tidak akan lupa dosa mereka kepada negara. Oleh itu kita perlu menolak BN di PRN Johor ini.
Namun begitu, Muhyiddin juga jangan pura-pura lupa dan berlagak suci.
Tan Sri dan Perikatan Nasional (PN) sendiri yang menagih simpati meminta sokongan daripada perasuah-perasuah ini untuk menjadi perdana menteri. Di mana kuasa yang ditagih itu sekarang?
Bukan saja perdana menteri, malah tiga negeri hilang daripada pentadbiran parti Tan Sri sendiri. Semua kerana Tan Sri pentingkan jawatan dan diri sendiri.
Tan Sri dan PN adalah punca utama keadaan politik negara yang tidak stabil dan juga menyumbang kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.
Oleh itu PN juga tidak berhak bersuara mewakili rakyat sedangkan PN punca rakyat kini sengsara.
Kedua-dua PN dan BN sama saja, tiada beza. Hanya memikirkan tembolok sendiri dan gila kuasa. Kedua-dua parti ini wajib ditolak bagi memulihkan keadaan negara.
Kuasa di tangan kita. Saya yakin rakyat Johor bijak menilai siapa yang benar-benar ikhlas membela nasib bangsa. – 11 Februari, 2022.
* Ulya Aqamah Husamudin ialah ketua penerangan Parti Pejuang Tanah Air.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen