4 maut dalam letupan kilang di Yeosu, Korea Selatan


Seramai empat pekerja maut dan empat lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah kilang petrokimia di bandar selatan Yeosu, Korea Selatan. – Gambar EPA, 11 Februari, 2022.

KEJADIAN letupan di sebuah kilang petrokimia di bandar selatan Yeosu, Korea Selatan hari ini mengorbankan empat pekerja manakala empat lagi cedera, kata polis.

Agensi berita Yonhap melaporkan, letupan berlaku pada 9.26 pagi di kilang Yeochun NCC Co. di Yeosu, kira-kira 320 kilometer dari selatan Seoul.

Empat pekerja maut akibat letupan berkenaan dan empat lagi mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

Polis dan bomba percaya letupan berlaku ketika ujian sistem penukar haba di kilang terbabit dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – Bernama, 11 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen