SEORANG wartawan ditembak mati semalam di Mexico yang merupakan pembunuhan kelima seumpama itu tahun ini.
Heber Lopez Vazquez, yang mengendalikan laman web berita Noticias Web di negeri selatan Oaxaca ditembak ketika berada di dalam kereta, kata pendakwa raya negara Arturo Calvo kepada saluran TV Milenio.
Dua suspek ditangkap ketika mereka cuba melarikan diri dari tempat kejadian senjata mereka ditemui, kata Calvo.
Tidak diketahui siapa yang mengarahkan pembunuhan itu, katanya.
Ini menjadikan lima pembunuhan melibatkan wartawan setakat tahun ini di Mexico, menurut pengiraan AFP berdasarkan data daripada Reporters Without Borders (RSF), sebuah organisasi advokasi kebebasan akhbar.
Mexico dianggap sebagai salah sebuah negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan.
Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh tahun lalu walaupun tidak diketahui secara pasti bahawa dalam semua kes itu dikaitkan dengan kerja mereka. – AFP, 11 Februari, 2022.
Komen