Lembah Klang terus catat kes Covid-19 tertinggi


LEMBAH Klang terus merekodkan jumlah tinggi jangkitan Covid-19 dengan 4,967 kes dikesan menjadikan jumlah kes meningkat kepada 19,090 semalam, menurut data mentah GitHub Kementerian Kesihatan (KKM).

Selangor mendahului carta dengan 3,779 diikuti oleh Kuala Lumpur dengan 1,005 kes manakala Putrajaya melaporkan 183 jangktan.

Selepas Lembah Klang, Sabah melaporkan jumlah kes tertinggi iaitu 2,969 diikuti oleh Johor dengan 2,837 kes.

Negeri lain yang melaporkan kes ialah Kedah (1,956), Kelantan (1,439), Melaka (728), Negeri Sembilan (997), Pahang (795), Perak (373), Perlis (106), Pulau Pinang (1,267), Sarawak (226), Terengganu (324) dan Labuan (106).

Dengan penambahan kes baharu kes aktif kini berjumlah 107,883.

Daripada jumlah itu 96,655 (89.6%) menjalani kuarantin di rumah, 5,751 (5.3%) di pusat kuarantin berisiko rendah dan 5,319 (4.9%) dimasukkan ke hospital.

Seramai 158 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 78 daripada memerlukan alat bantuan pernafasan.

Di seluruh negara kadar penggunaan hospital berada pada 68.4% dengan 51.3% digunakan untuk pesakit Covid-19.

Menurut CovidNow jumlah kemasukan adalah 1,637 semalam.

Bagaimanapun jumlah kemasukan di Lembah Klang menurun daripada 439 sehari sebelumnya kepada 403 semalam.

Kemasukan terbanyak di Lembah Klang adalah di Selangor dengan 289.

Kuala Lumpur mencatatkan 87 kemasukan dan Putrajaya 27 kemasukan.

Sementara itu Johor mencatatkan 308 kemasukan, Kedah (61), Kelantan (110), Melaka (38), Negeri Sembilan (85), Pahang (76), Perak (94), Perlis (24), Pulau Pinang (64), Sabah (283), Sarawak (103), Terengganu (29) dan Labuan (4).

Sebanyak 10 kematian dilaporkan semalam dengan seorang disahkan meninggal dunia semasa tiba di hospital.

Selangor dan Perak masing-masing mencatatkan dua kematian manakala Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing melaporkan satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Pahang, Perlis, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. – 11 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen