Pemenang Nobel temui virus HIV meninggal dunia


Luc Montagnier meninggal dunia pada Selasa di Hospital Amerika di Neuilly-sur-Seine, Paris. – Gambar EPA, 11 Februari, 2022.

SAINTIS Perancis Luc Montagnier, yang memenangi hadiah Nobel untuk perubatan kerana penemuan bersama virus HIV yang menyebabkan AIDS, meninggal dunia pada usia 89 tahun, kata datuk bandar pinggir bandar Paris tempat beliau dimasukkan ke hospital kepada AFP pada Khamis.

Montagnier meninggal dunia pada Selasa di Hospital Amerika di Neuilly-sur-Seine, Paris, kata datuk bandarnya Jean-Christophe Fromantin, mengesahkan laporan dalam akhbar Francesoir dan Liberation.

Fromantin berkata mempunyai sijil kematiannya.

Montagnier berkongsi Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan 2008 dengan rakan sekerjanya Francoise Barre-Sinoussi bagi “penemuan virus kekurangan imun manusia” (HIV), yang menyebabkan AIDS.

Tetapi beliau diketepikan oleh komuniti saintifik kerana mengambil pendiriannya yang ganjil, terutama terhadap vaksin.

Statusnya naik semasa pandemik Covid-19 apabila beliau mendakwa virus itu dibuat makmal dan vaksin bertanggungjawab bagi kemunculan varian. – AFP, 11 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen