20 maut, 30 cedera bas junam gaung di Peru


Keadaan bas yang terlibat nahas di kawasan luar bandar di wilayah Pataz, di utara Peru, yang meragut 20 nyawa. – Gambar EPA, 11 Februari, 2022.

SEKURANG-KURANGNYA 20 orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, maut dan 30 lagi cedera apabila sebuah bas terjunam ke dalam gaung di utara Peru, kata pihak berkuasa pada Khamis.

Bas itu terbalik ke bawah cerun sedalam 100 meter di wilayah terpencil di utara Libertad pada petang Rabu, kata kerajaan tempatan.

Berita mengenai nahas itu mengambil masa berjam-jam diketahui kerana kawasannya yang jauh terpencil.

Bas itu dalam perjalanan dari Tayabamba ke Trujillo, perjalanan sejauh 340 kilometer yang mengambil masa 14 jam untuk ditempuh kerana keadaan jalan raya yang teruk.

Kadar kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di Peru disebabtkan keadaan jalan yang tidak baik, memandu dengan kelajuan tinggi, kekurangan papan tanda dan penguatkuasaan peraturan oleh pihak berkuasa.

Pada November 10 orang maut apabila bas mini terbabas di utara hutan Peru. – AFP, 11 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen