Harimau di Laos mungkin telah pupus, kata WWF


Laos dikatakan satu daripada 13 negara di dunia di mana harimau yang terancam kekal di alam liar, namun, carian meluas yang dilakukan dan melalui penggunaan kamera hidupan liar, tidak satu pun daripada haiwan itu dikesan di mana-mana di Laos dalam tempoh hampir 10 tahun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Februari, 2022.

TANPA bukti berekod mengenai harimau di hutan Laos selama hampir sedekad, laporan baharu daripada Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menyatakan haiwan berkenaan kemungkinan telah pupus di negara itu.

Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), Laporan Kesan WWF terhadap Pemulihan Harimau 2010-2022 menekankan keperluan untuk tindakan segera dalam pemulihan harimau, terutamanya di Laos kerana dibimbangi mamalia itu mungkin pupus.

Laos dikatakan adalah satu daripada 13 negara di dunia di mana harimau yang terancam kekal di alam liar. Bagaimanapun, carian meluas yang dilakukan dan melalui penggunaan kamera hidupan liar, tidak satu pun daripada haiwan itu dikesan di mana-mana di Laos dalam tempoh hampir 10 tahun.

Walaupun kawasan hutan yang luas dan habitat yang sesuai, harimau tempatan itu sering diburu sehingga mengalami kepupusan, tambah kenyataan itu. – Bernama, 9 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen