7 tentera India maut runtuhan salji Arunachal Pradesh


Tentera India di Arunachal Pradesh yang menjadi kawasan bergolak dengan China yang turut menuntut kawasan berkenaan sejak 1962. – Gambar EPA, 9 Februari, 2022.

TENTERA India menemui mayat tujuh anggotanya yang terkorban dalam runtuhan salji di wilayah timur laut pada ketinggian 14,500 kaki.

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada Ahad selepas anggota yang merupakan sebahagian daripada pasukan rondaan, hilang di Sektor Kameng di Arunachal Pradesh.

“Mayat kesemua tujuh mangsa ditemui di tapak runtuhan salji. Malangnya, di sebalik usaha terbaik semua yang terlibat, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia,” kata tentera pada Selasa.

Mereka yang malang itu ialah Jugal Kishore, Arun Kattal, Akshay Pathania, Vishal Sharma, Rakesh Singh, Ankesh Bhardwaj dan Gurbaj Singh

Ketua Menteri Arunachal Pradesh Pema Khandu mengumumkan pemberian ex gratia sebanyak 400,000 rupee (RM22,400) kepada keluarga setiap askar yang kehilangan nyawa. – Bernama, 9 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen