Roket paling berkuasa dunia dilancarkan


ROKET paling berkuasa di dunia, SpaceX’s Falcon Heavy dilancarkan semalam melalui ujian pertamanya yang paling dinantikan, membawa bersama roket Tesla Roadster, menuju ke orbit berhampiran planet Marikh.

Sorakan dan jeritan kegembiraan mengiringi pelancaran itu di Cape Canaveral, Florida ketika roket besar itu menghidupkan 27 enjinnya dan berlepas ke udara menggunakan pad pelancar NASA yang pernah berkhidmat sebagai pangkalan untuk misi Amerika Syarikat (AS) ke bulan, empat dekad lalu.

Bersama roket Tesla milik bilionair Elon Musk dan patung manusia lengkap berpakai angkasawan, roket gergasi itu melakukan perjalanan bersejarah yang akan merakamkan imaginasi dunia.

Menurut Musk, salah satu situasi kritikal penerbangan itu adalah ketika dua pelancar berpisah daripada roket berkenaan iaitu dalam tempoh tiga minit pelancaran namun semuanya berjalan lancar.

Roket itu dilengkapi dengan unit simpanan data mengandungi siri buku sains fiksyen Isaac Asimov, Foundation Trilogy dan plak dengan nama 6,000 kakitangan SpaceX. – AFP, 7 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen