Presiden Honduras positif Covid-19


Presiden Honduras Xiomara Castro mengesahkan beliau positif Covid-19 dan mengalami gejala ringan. – Gambar EPA, 7 Februari, 2022.

PRESIDEN Honduras Xiomara Castro menerusi tweetnya mengesahkan beliau positif Covid-19 dan mengalami gejala ringan, lapor Xinhua.

Meskipun diuji negatif pada Sabtu, ujian pada Ahad menunjukkan beliau positif virus berkenaan, sambil menambah beliau akan kuarantin diri dan bekerja dari rumah.

Suaminya, Manuel Zelaya, yang berkhidmat sebagai presiden Honduras dari 2006 hingga 2009, diuji positif virus berkenaan awal Januari.

Honduras melaporkan 397,548 kes dan 10,548 kematian akibat Covid-19 setakat ini, menurut Kementerian Kesihatan. – Bernama, 7 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen