8 maut, 15 cedera bas terbalik di Mexico


Lapan maut dan 15 yang lain cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas berhampiran kawasan resort popular di Cancun, Mexico. – Gambar EPA, 7 Februari, 2022.

SEKURANG-KURANGNYA lapan maut dan 15 yang lain cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas berhampiran kawasan resort popular di Cancun, kata pihak berkuasa Mexico.

Syarikat bas ADO itu membawa 45 penumpang, dengan sebahagiannya warganegara asing, menurut media tempatan.

Kenderaan itu menuju ke Cancun dari bandar Merida, di sempadan negeri Yucatan.

Menurut maklumat awal, bas itu terbalik selepas melanggar sebuah trak yang berada di kawasan keretapi pelancong Mayan di kawasan itu.

Paramedik dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kemalangan, menghantar mangsa cedera ke hospital besar Cancun.

Cancun adalah destinasi pantai terkemuka di Mexico dan sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa. – AFP, 7 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen