Iraq dedah senarai nama individu paling dikehendaki


PIHAK berkuasa Iraq mengeluarkan senarai nama individu paling dikehendaki pada Selasa yang diketuai oleh pemimpin kumpulan militan Islamic State (IS) Abu Bakr al-Baghdadi dan pembantunya.

Ia adalah senarai kedua yang keluarkan Iraq minggu ini berhubung mereka yang disyaki mempunyai kaitan dengan IS, Al-Qaeda atau parti Baath.

“Mereka lebih berbahaya daripada mereka yang muncul dalam senarai pertama yang dikeluarkan pada Ahad dan mereka mahu di peringkat antarabangsa manakala yang lain hanya dikehendaki oleh mahkamah Iraq,” kata seorang pegawai keselamatan kepada AFP.

Pemimpin IS muncul dalam senarai di bawah nama asalnya Ibrahim Awad Ibrahim Ali al-Badri al-Samarrai.

Timbalannya disenaraikan sebagai Abdel Rahman al-Qaduli dan bukannya pemimpin gerila Abu Alaa al-Afari.

Tujuh warga Iraq yang lain berada dalam senarai sebagaimana lima warga asing - dua Arab Saudi, seorang warga Jordan, seorang Yaman dan seorang Qatar.

Ia termasuk nama mereka yag didakwa daripada IS dan Al-Qaeda, dengan beberapa orang yang dituduh terlibat dalam pembiayaan atau pertempuran di Afghanistan.

Senarai pada Ahad mengandungi 60 nama yang dikehendaki, semua kecuali seorang daripada mereka adalah warga Iraq.

Ia termasuk nama anak perempuan Saddam, Raghad, yang tinggal di Jordan.

Ia juga mempunyai 28 disyaki anggota IS, 12 daripada al-Qaeda dan 20 daripada Baatht. – AFP, 6 Februari, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen