ARGENTINA pada Jumaat membayar AS$370 juta kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebagai faedah ke atas hutang AS$44 bilion yang dijadualkan semula akhir bulan lepas, kata pegawai.
Buletin Bank Pusat menunjukkan baki rizab antarabangsa itu sebanyak AS$37.18 bilion, berbeza berbanding hari sebelum, sepadan dengan jumlah yang dibayar pada Jumaat.
Ia adalah pembayaran kedua Argentina tahun ini, selepas membayar kira-kira AS$700 juta pada Jumaat lepas, hari pengumuman penjadualan semula diumumkan.
Minggu lepas, Argentina dan IMF mengumumkan perjanjian rundingan semula hutang negara itu bernilai AS$44 bilion sebagai balasan kepada pembaharuan ekonomi.
Di bawah perjanjian baharu itu, Argentina komited untuk mengurangkan defisit fiskalnya secara progresif daripada tiga peratus KDNK pada 2021 kepada 0.9 peratus pada 2024.
Pengurangan secara beransur-ansur - kepada 2.5 peratus pada 2022 dan 1.9 peratus pada 2023 - “tidak akan menghalang pemulihan” ekonomi, kata Menteri Ekonomi Martin Guzman minggu lepas. – AFP, 5 Februari, 2022.
Komen