Singapura lapor 13,208 kes jangkitan Covid-19 baharu semalam


Singapura lapor 13,208 kes baharu akibat jangkitan Covid-19 semalam, peningkatan tiga kali ganda berbanding Khamis. – Gambar EPA, 5 Februari, 2022.

SINGAPURA melaporkan 13,208 kes baharu akibat jangkitan Covid-19 semalam, peningkatan tiga kali ganda berbanding Khamis.

Republik itu juga melaporkan enam kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menurut data Kementerian Kesihatan (MOH) yang diterbitkan menerusi laman webnya.

Sepanjang 28 hari lepas, data menunjukkan 85,357 dijangkiti virus berkenaan dengan 99.7% tidak menunjukkan sebarang gejala atau hanya simptom tidak ketara.

Daripada jumlah itu, 0.3% memerlukan bantuan oksigen dan sokongan dan 0.04% ditempatkan di unit rawatan rapi.

Kadar jangkitan mingguan di Singapura berada pada 1.39 semalam, meningkat daripada 1.23 pada Khamis.

Jumlah kes akibat Covid-19 kini mencecah 379,681, dengan 866 kematian.

Sehingga 3 Februari, 89% penduduknya lengkap divaksin atau menerima dua dos vaksin Covid-19, dan 59% menerima suntikan penggalak. – Bernama, 5 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen