PRESIDEN Peru Pedro Castillo menyingkirkan Perdana Menteri Hector Valer Pinto, yang hanya baru tiga hari dilantik memegang jawatan itu.
Penyingkiran Valer Pinto itu susulan beliau dikaitkan dengan kes keganasan domestik pada 2016.
Castillo berkata beliau memutuskan untuk menyusun semula Kabinet, sekali gus Valer Pinto tersingkir daripada jawatannya.
Presiden Peru berhaluan kiri itu membuat pengumuman rombakan Kabinet menerusi televisyen tanpa menyebut nama Valer Pinto.
Pembangkang dan beberapa menteri dilaporkan berang kerana Valer Pinto berada dalam kerajaan.
Ini kali keempat Castillo mengumumkan Kabinet baharu sejak memegang kuasa enam bulan lalu. – AFP, 5 Februari, 2022.
Komen