LIMA maut dan seorang cedera dalam runtuhan salji di wilayah Tyrol Austria, semalam.
Pegawai pasukan penyelamat berkata semua mangsa maut akibat tertimbus di bawah runtuhan salji di kawasan berhampiran sempadan Switzerland.
“Hanya seorang mangsa cedera iaitu wanita dan dihantar ke hospital,” katanya.
Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai identiti atau kewarganegaraan mereka yang terkorban dalam runtuhan salji itu.
Susulan itu, perkhidmatan kaji cuaca mengeluarkan amaran selepas lebih 50 runtuhan salji direkodkan di wilayah Tyrol dalam tempoh 48 jam lalu.
Antaranya runtuhan salji di pusat peranginan ski terkenal Soelden yang menyebabkan lima individu tertimbus, tetapi mereka berjaya diselamatkan.
Sejak beberapa tahun lalu, kira-kira 20 terbunuh setiap tahun akibat runtuhan salji di Austria.
Sejak penularan Covid-19, jumlahnya berkurang susulan langkah sekatan dilaksanakan kerajaan. –
AFP, 5 Februari, 2022.
Komen