PRESIDEN China Xi Jinping akan bersemuka dengan Presiden Rusia Vladimir Putin ketika ketegangan dengan Barat semakin memuncak.
Xi tidak pernah keluar China sejak Januari 2020, apabila negara itu bergelut dengan pandemik Covid-19.
Beliau kini bersedia untuk bertemu lebih 20 pemimpin dunia ketika Beijing memulakan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang diharap akan menjadi kejayaan dan mengalihkan tumpuan daripada peningkatan yang dicemari oleh boikot diplomatik dan Covid-19.
Xi dan Putin akan bertemu di ibu negara China sebelum negara mereka mengeluarkan kenyataan bersama yang mencerminkan “pandangan bersama” mengenai keselamatan dan isu-isu lain, kata penasihat tertinggi Kremlin pada Rabu.
Kedua-dua mereka akan menghadiri upacara pembukaan Olimpik pada petang Jumaat.
Ketegangan yang memuncak dengan Barat mengukuhkan hubungan antara negara terbesar di dunia itu dan Putin merupakan pemimpin luar pertama yang mengesahkan kehadirannya pada majlis perasmian temasya tersebut.
Beliau memuji hubungan Rusia dengan Beijing dalam panggilan telefon pada Disember dengan Xi, menggelar rakan sejawatnya dari China itu sebagai “sahabat”. – AFP, 4 Februari, 2022.
Komen