KERAJAAN Itali mula melonggarkan beberapa sekatan Covid-19 termasuk untuk sekolah, dengan Perdana Menteri Mario Draghi berjanji untuk terus menarik balik lebih banyak sekatan.
Antara yang diumumkan ialah berakhirnya pembelajaran atas talian untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, walaupun masih ada kes positif dilaporkan di dalam kelas.
Di tadika, kelas kini akan bertukar kepada pembelajaran antara talian hanya apabila lima atau lima pelajar didapati positif – berbanding satu kes sebelum ini.
Draghi memaklumkan Majlis Menteri sekolah sentiasa akan menjadi keutamaan kerajaan.
Selain sektor pendidikan, jumlah pas vaksin Covid untuk mereka yang mendapatkan tiga dos atau dua untuk individu pulih jangkitan – akan tiada had.
Sebelum ini, pas vaksinasi itu hanya untuk tempoh enam bulan.
Pengembara dari negara yang berbeza peraturan vaksin dengan Itali juga kini akan dibenarkan menggunakan pas kesihatan lebih mudah – iaitu ujian saringan negatif sudah mencukupi – untuk masuk ke hotel dan restoran.
“Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kita akan membuka lebih banyak sekatan.
“Data vaksinasi sangat memberangsangkan.
“Kita mahu Itali lebih terbuka,” katanya, menambah kerajaan akan mengumumkan jadual waktu untuk sekatan lain ditarik balik berdasarkan kepada perkembangan virus itu.
Hampir 88% populasi Itali berusia 12 tahun ke atas sudah divaksin dan kira-kira 34 juta menerima dos penggalak. – AFP, 3 Februari, 2022.
Komen