AS kerah 3,000 tentera ke Ukraine


Anggota tentera berkawal di sempadan Ukraine susulan Russia enggan menarik balik 100,000 tenteranya di sempadan. – Gambar EPA, 3 Februari, 2022.

AMERIKA Syarikat (AS) menghantar ribuan anggota tentera bagi membantu pasukan Nato di timur Eropah itu, ketika pemimpin Perancis dan Jerman melakukan lawatan ke Moscow bagi menangani kebimbangan pencerobohan ke Ukraine.

Dengan Russia berdegil enggan menarik balik 100,000 tenteranya di sempadan Ukraine, seramai 1,000 tentera AS di Jerman dihantar ke Romania dan 2,000 lagi dihantar dari AS ke Jerman dan Poland.

“Selagi Presiden Vladimir Putin bertindak agresif, kami akan terus memastikan sekutu Nato di timur Eeropah mendapat sokongan kami,” kata Presiden Joe Biden.

Sebagai respons, Timbalan Menteri Luar Russia Alexander Grushko berkata langkah itu akan menyukarkan kompromi antara kedua-dua pihak, menganggap penghantaran tentera AS sebagai tindakan merosakkan yang akan menambah ketegangan dan menyempitkan ruang keputusan politik.

Kuasa Barat terbabit dalam usaha diplomatik yang tegang itu – ditambah dengan ancaman sekatan terhadap Putin – untuk mengelak berlakukan pencerobohan Ukraine yang juga negara bekas jajahan Soviet, walaupun Moscow berkali-kali menafikannya.

Canselor Jerman Olaf Scholz berkata beliau akan ke Moscow bagi membincangkan krisis itu, sementara Presiden Perancis Emmanuel Macron memaklumkan akan melakukan lawatan serupa. – AFP, 3 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen