FBI siasat ancaman bom di universiti Afrika-Amerika


FBI lancar siasatan di seluruh negara susulan siri ancaman bom di beberapa universiti dan rumah ibadat yang ada kaitan dengan masyarakat kulit hitam AS. – Gambar EPA, 3 Februari, 2022.

BIRO Penyiasatan Persekutuan (FBI) melancarkan siasatan di seluruh negara susulan siri ancaman bom di beberapa universiti dan rumah ibadat yang ada kaitan dengan masyarakat kulit hitam Amerika Syarikat (AS).

“Walaupun pada masa tidak ada bahan letupan ditemui di mana-mana lokasi terbabit, FBI mengambil serius setiap ancaman,” kata agensi itu.

Pada Isnin dan Selasa, ancaman bom dihantar ke gereja dan berpuluh-puluh universiti yang majority dihadiri populasi Afrika-Amerika menyebabkan operasi mencari dilakukan di bangunan terbabit.

Ancaman hampir sama dihantar pada awal Januari ke universiti Historically Black Colleges and Universities (HBCUs) – institusi pendidikan yang ditubuhkan pada hujung abad ke-19 untuk pelajar berkulit hitam, dan di mana majoriti pelajarnya pada masa ini golongan itu.

FBI berkata lebih 20 pegawai dikerah menjalankan siasatan dan ancaman itu dianggap sebagai bermotifkan perkauman dan keganasan ekstremisme selain jenayah kebencian.

Ahli politik turut mengutuk siri ancaman itu. – AFP, 3 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen