MALAM Gala Tahun Baharu Cina anjuran Kumpulan Media China (CMG) di Beijing, China yang dipersembahkan penuh sempurna sekali lagi memperbaharui rekod jumlah tontonan.
Kali ini, jumlah penonton di media tradisional merekodkan 1.29 bilion tontonan, manakala angka bagi platform media baharu mencatat 7.13 bilion.
Kedua-dua angka itu sekali gus menyaksikan pertambahan berbanding gala terdahulu.
Diserikan dengan pelbagai unsur baharu, gala kali ini berjaya menarik perhatian penonton domestik dan luar negara, selain mendapat liputan meluas sekitar 650 media di lebih 170 negara dan wilayah.
CMG memanfaatkan kelebihan komunikasi bersepadu antara media dan pelbagai platform di bawahnya memecah rekod komunikasi rentas media untuk tahun keempat berturut-turut.
Bagi tahun ini, penonton diberi pilihan menghayati gala itu menerusi telefon pintar dengan paparan skrin menegak sehingga merekodkan jumlah tontonan melebihi 439 juta kali dengan lebih separuh daripadanya penonton berusia 30 tahun ke bawah.
Saluran berita dunia dan terminal media baharu BBC turut menyiarkan video promosi gala dan mendapat tontonan lebih 25 juta kali, sementara video promosi gala TBC yang disiarkan di pelbagai platform CNN pula ditonton sebanyak 408 juta kali.
Tahun ini, bangunan mercu tanda di pelbagai tempat seluruh dunia termasuk Burj Khalifa iaitu bangunan tertinggi di dunia, roda Ferris terbesar di Afrika, “Eye of Kenya” membuat pertunjukan cahaya lampu bertemakan gala anjuran CMG, secara tidak langsung membolehkan penonton berkongsi suasana meriah Tahu Baharu Cina. – Bernama, 2 Februari, 2022.
Komen