Jualan kereta hibrid sama dengan diesel di Eropah, lapor data industri


Kenderaan elektrik hibrid menyumbang hampir 20% daripada kereta penumpang baharu yang didaftarkan di seluruh Kesatuan Eropah pada 2021, meningkat daripada 11.9%, menurut Persatuan Pengilang Automobil Eropah. – Gambar EPA, 2 Februari, 2022.

JUALAN kereta hibrid di Eropah menyamai kenderaan diesel buat kali pertama tahun lepas, manakala model elektrik juga mendapat lebih banyak permintaan, menurut data industri yang dikeluarkan hari ini.

Angka itu hadir ketika Suruhanjaya Eropah menyasarkan untuk mengharamkan penjualan kereta baharu menggunakan bahan api fosil bermula 2035 dan pembuat kereta mendedahkan rancangan untuk beralih kepada kenderaan elektrik.

Menurut Persatuan Pengilang Automobil Eropah, kenderaan elektrik hibrid menyumbang hampir 20% daripada kereta penumpang baharu yang didaftarkan di seluruh Kesatuan Eropah pada 2021, meningkat daripada 11.9%.

Kereta elektrik sepenuhnya mewakili 9.1% daripada jumlah pendaftaran kereta, meningkat daripada 5.4% pada 2020, dengan rangsangan daripada program kerajaan untuk mensubsidi pembelian dan pengeluaran yang semakin meningkat oleh pembuat kereta.

Kereta petrol masih memenuhi jalan raya, namun dengan penguasaan pasaran sebanyak 40%. – AFP, 2 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen