Venue Olimpik Beijing mungkin 50% penuh, kata pegawai


Venue di Sukan Musim Sejuk Beijing mungkin penuh sehingga 50% sekali gus mengatasi kebimbangan bahawa Covid-19 akan menyebabkan sukan itu berlangsung tanpa penonton. – Gambar EPA, 1 Februari, 2022.

SEORANG pegawai kanan Olimpik hari ini berkata venue di Sukan Musim Sejuk Beijing mungkin penuh sehingga 50% sekali gus mengatasi kebimbangan bahawa Covid-19 akan menyebabkan sukan itu berlangsung tanpa penonton.

Olimpik Musim Panas Tokyo tahun lalu berlangsung secara tertutup dan penganjur China memutuskan untuk tidak menjual tiket bagi Sukan Beijing kerana bimbang virus berkenaan.

Tetapi Pengarah Eksekutif Olimpik di Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Christophe Dubi berkata beliau berharap venue di China akan menerima penonton antara 30% dan 50%.

“Ia juga boleh bergantung kepada sama ada di luar atau di dalam kawasan. Tetapi perkara yang menarik ialah kita akan mempunyai penonton,” tambahnya.

Dubi berkata penonton tidak akan terhad kepada warga China tetapi warga asing yang tinggal di negara itu juga dijemput.

Sukan Olimpik Beijing berlangsung dalam “gelung tertutup” yang dikawal dengan pesaing, wartawan dan anggota tenaga kerja China terputus hubungan daripada penduduk tempatan dan diuji Covid-19 setiap hari. – AFP, 1 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen