11 maut akibat banjir di Ecuador


Hujan lebat melanda 22 daripada 24 wilayah Ecuador sejak Oktober menyebabkan sekurang-kurangnya 18 maut dan 24 cedera, menurut Perkhidmatan Pengurusan Risiko Kebangsaan. – Gambar AFP, 1 Februari, 2022.

SEKURANG-KURANGNYA 11 orang terbunuh dan 32 cedera semalam selepas banjir teruk melanda Ecuador sehingga mengakibatkan berlakunya tanah runtuh besar-besaran di ibu negara Quito, kata pihak berkuasa.

Arus air yang membawa batu dan lumpur menghanyutkan kereta dan menyebabkan banjir di bandar Ecuador.

Datuk Bandar Quito Santiago Guarderas pada mulanya berkata terdapat 11 maut, 15 cedera dan lapan struktur bangunan runtuh.

Tetapi pihak berkuasa perbandaran kemudian menyemak semula angka itu kepad 32 yang cedera dan keluarga terjejas ditempatkan di pusat perlindungan tempatan.

Banjir bermula di lereng gunung berapi Pichincha.

Hujan lebat melanda 22 daripada 24 wilayah Ecuador sejak Oktober menyebabkan sekurang-kurangnya 18 maut dan 24 cedera, menurut Perkhidmatan Pengurusan Risiko Kebangsaan.

Saintis berkata perubahan iklim meningkatkan risiko hujan lebat di seluruh dunia kerana suasana yang lebih panas menahan lebih banyak air. – AFP, 1 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen