PERDANA Menteri Kanada Justin Trudeau positif Covid-19 semalam, tetapi berkata beliau dalam keadaan sihat dan tidak bergejala.
Trudeau, 50, minggu lalu berkata beliau menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat koronavirus.
Dua daripada tiga anaknya juga positif Covid-19, katanya.
Trudeau menerima dos ketiga vaksin Covid pada Januari, menggesa rakyat Kanada untuk mendapatkan vaksin dan dos penggalak, ketika negara itu berjuang melawan lonjakan jangkitan baharu dan hospital semakin terbeban, akibat varian Omicron.
Beliau tidak akan hadir secara fizikal pada sidang baharu Parlimen minggu ini selepas cuti musim sejuk, dan berkata akan bekerja dari rumah minggu ini dan terus mematuhi garis panduan kesihatan.
Di luar Parlimen, protes besar-besaran diadakan untuk hari ketiga berturut-turut diketuai pemandu lori trak, membantah peraturan vaksin diwajibkan untuk melintas sempadan Kanada-Amerika Syarikat (AS).
Demonstrasi itu lebih kecil berbanding hujung minggu lalu dengan 8,000 penunjuk perasaan berkumpul, menurut polis.
Trudeau mempertahankan arahan itu, berkata 90% pemandu sudah pun divaksin.
“It is not by demonstrating against the pandemic but by getting vaccinated” that Canada will end public health restrictions aimed at slowing the spread of the virus, he said.
Kanada merekodkan lebih 2.9 juta kes Covid-19 dan lebih 33,000 kematian sejak pandemik bermula. – AFP, 1 Februari, 2022.
Komen