Myanmar lanjutkan darurat 6 bulan lagi


Kali pertama darurat diisytiharkan di Myanmar adalah pada Februari 2021, selepas tentera menahan bekas pemimpin kerajaan, termasuk kaunselor negara dan presiden. – Gambar EPA, 1 Februari, 2022.

MAJLIS Pertahanan dan Keselamatan Myanmar semalam mengumumkan lanjutan darurat selama enam bulan lagi, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pelanjutan itu dibuat untuk persiapan yang diperlukan bagi pilihan raya umum pelbagai parti, kata pengumuman itu.

Kali pertama darurat diisytiharkan adalah pada Februari 2021, selepas tentera menahan bekas pemimpin kerajaan, termasuk kaunselor negara dan presiden. – Bernama, 1 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen