New York Times beli Wordle


Wordle ialah teka kata perkataan lima huruf, yang memberi peluang kepada pemainnya untuk mencari jawapan dalam enam cubaan. Hanya satu perkataan diberikan setiap hari. – Gambar AFP, 1 Februari, 2022.

SYARIKAT media New York Times (NYT) mengambil alih laman web teka kata Wordle pada harga yang tidak didedahkan tetapi mencecah tujuh angka.

Pemilikan teka kata popular itu membolehkan NYT memperluaskan kandungan digitalnya ketika syarikat itu sedang cuba mencapai sasaran 10 juta pelanggan menjelang 2025.

Buat masa ini, Wordle akan terus boleh diakses secara percuma dan tiada sebarang perubahan kepada permainannya, kata NYT dalam satu kenyataan.

Wordle ialah teka kata perkataan lima huruf, yang memberi peluang kepada pemainnya untuk mencari jawapan dalam enam cubaan. Hanya satu perkataan diberikan setiap hari.

Permainan ini dikembangkan daripada teka kata yang pernah muncul di televisyen oleh bekas jurutera perisian Reddit, Josh Wardle.

Setakat 1 November, ia dimainkan oleh 90 orang dan seterusnya meningkat sehingga berjuta-juta orang setiap hari, kata NYT.

Teka kata gaya sama juga kemudiannya muncul dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia, dan berbagai bentuk parodi yang lain. –  Agensi, 1 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen