Parti Sosialis menang pilihan raya Portugal


PM Portugal dan ketua Parti Sosialis Antonio Costa meraikan kemenangan dalam pilihan raya di Lisbon, Portugal. – Gambar EPA, 31 Januari, 2022.

PARTI Sosialis Portugal yang memerintah di bawah pimpinan Perdana Menteri Antonio Costa memenangi pilihan raya Parlimen, memperoleh 42.1% daripada 92.6% undi yang dikira, menurut keputusan awal, lapor Xinhua.

Penentangnya, Parti Demokrat Sosial (PSD) menduduki tempat kedua.

“Ia adalah kempen pilihan raya yang hebat, peluang yang unik untuk semua orang, daripada yang paling muda hingga yang paling tua,” kata Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa.

Kebuntuan Belanjawan Negeri 2022 oleh kerajaan semasa pada Oktober lalu telah mencetuskan pembubaran Parlimen dan pilihan raya awal. – Bernama, 31 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen