ANCAMAN tindakan undang-undang, kempen dalam talian dan jumlah yang semakin berkurangan selepas pengusiran rakan sekerja—wartawan asing di China menghadapi “halangan yang belum pernah berlaku sebelum ini”, kata kumpulan media pada Isnin.
Beijing nampaknya “menggalakkan tindakan undang-undang”, atau ancaman tindakan undang-undang terhadap wartawan asing, sering difailkan lama selepas sumber bersetuju untuk ditemu bual, kata Kelab Wartawan Asing China (FCCC) dalam laporan tahunannya.
“Lanskap risiko berubah pada masa ini dalam cara di luar kebiasaan,” kata David Rennie, ketua biro Beijing bagi Economist, dalam laporan itu.
“Khususnya, organisasi berita berdepan amaran yang laporan mereka mungkin mendedahkan diri kepada sekatan atau tindakan undang-undang sivil, atau—yang paling mengerikan—kepada siasatan keselamatan negara,” tambahnya.
Ini perubahan membimbangan dalam mengawal media berbanding sebelum ini, seperti menyenaraihitamkan mereka daripada acara atau menghadapi masalah dengan kad akhbar dan visa, katanya.
Ancaman tindakan undang-undang semakin meningkat selepas penahanan pelakon TV Australia Cheng Lei pada 2020, yang bekerja untuk penyiar negeri China CGTN, dan Haze Fan daripada Bloomberg News.
Pihak berkuasa China berkata mereka ditahan kerana disyaki membahayakan keselamatan negara.
Sementara itu, wartawan asing dan organisasi mereka mweujudkan pelan keluar kecemasan atas risiko yang lebih tinggi, dan “serangan disokong kerajaan… terutamanya kempen dalam talian” menyukarkan mereka yang masih tinggal untuk beroperasi, kata laporan FCCC.
Tindakan sedemikian memupuk perasaan yang semakin meningkat bahawa media asing adalah musuh, tambah laporan itu, sambil berkata sukar membuat liputan mengenai China.
Penemuan itu berdasarkan tinjauan terhadap 127 daripada 192 ahlinya.
Laporan itu berkata apabila wartawan meninggalkan negara itu kerana intimidasi melampau atau penghantara balik, membuat liputan mengenai China dari luar semakin menjadi amalan.
Pada 2020, China mengumumkan akan mengusir wartawan Amerika daripada tiga akhbar utama AS—The New York Times, The Washington Post dan The Wall Street Journal.
Sebanyak 18 wartawan yang bekerja untuk media Amerika diusir pada 2020, kata laporan FCCC.
Ramai wartawan terus membuat liputan China dari negara lain, manakala wartawan yang bersama organisasi AS menghadapi masalah untuk memperbaharui kad akhbar mereka. – AFP, 31 Januari, 2022.
Komen