SEKURANG-KURANGNYA 13 orang maut selepas bas yang membawa penumpang Katolik di Mexico terbalik pada Sabtu, kata pihak berkuasa.
Sementara 10 lagi cedera dalam kemalangan di negeri barat Jalisco itu.
Bas membawa 23 orang ke bandar San Juan de Los Lagos, yang menganjurkan sambutan tahunan Katolik.
Kesemua penganut agama itu pergi walaupun sambutan tahun ini dibatalkan kerana pandemik koronavirus.
Dikenali sebagai Shrine of Our Lady of San Juan de los Lagos menarik purata 2 juta pengunjung setiap tahun.
Lima daripada mereka yang maut dalam kemalangan Sabtu lalu tercampak dari kenderaan, dan dua daripadanya kanak-kanak.
Tahun lalu, sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 22 cedera dalam rempuhan pada September membabitkan sebuah bas dan trak di negeri utara Sonora.
Pada April, berlaku perlanggaran antara dua bas yang membawa pekerja di lombong Sonora menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang maut. – AFP, 30 Januari, 2022.
Komen