PENYANYI Chris Brown disaman atas kesalahan merogol di California apabila mangsa mendakwanya memberikan dadah dan melakukan serangan di atas kapal layar di rumah penyanyi rap Diddy di Florida.
Wanita itu yang dikenali dalam kertas mahkamah sebagai Jane Doe menuntut ganti rugi AS$20 juta daripada bintang R&B berkenaan.
Menurut saman sivil yang difailkan pada Khamis dan dilihat oleh AFP, Brown menjemput wanita itu yang digambarkan sebagai koreografer, penari, model dan artis muzik ke kapal layar sejurus dia tiba di Miami pada 30 Disember 2020.
Wanita itu berkata minuman yang ditawarkan kepadanya membuatnya berasa “tidak tentu arah” (dan) secara fizikalnya tidak stabil.
Brown dikata membawanya ke bilik tidur dan walaupun sudah memprotes tetapi penyanyi itu merogolnya.
“Oleh itu Plaintif Jane Doe mengemukakan aduan berkenaan bagi mencari keadilan untuk dirinya sendiri (dan juga dengan harapan ia boleh menjadi contoh untuk orang lain) yang mungkin kini atau pada masa lalu mendapati diri mereka berasa kasihan dengan Defendan Chris Brown,” menurut saman berkenaan.
Peguam Ariel Mitchell dan George Vrabeck memberitahu TMZ anak guam mereka tidak melaporkan dakwaan serangan itu kepada polis kerana malu.
AFP bertanya kepada firma itu jika aduan jenayah akan dibuat susulan kes sivil itu tetapi tiada jawapan segera.
Pada 2009 Brown disabitkan bersalah memukul rakan penyanyi Rihanna yang juga teman wanitanya ketika itu.
Dia juga sebelum ini dituduh merogol seorang wanita di sebuah hotel mewah di Paris. Dia menafikan dakwaan dan tidak didakwa. – AFP, 29 Januari, 2022.
Komen