LEBIH 1,200 pengawal keselamatan yang ditempatkan di Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang diarah meninggalkan venue susulan berlakunya wabak norovirus, kata penganjur hari ini.
Daripada jumlah itu, 41 mengalami muntah dan cirit-birit secara tiba-tiba pada Ahad. Mereka kemudian dibawa ke hospital dan disahkan terkena jangkitan norovirus.
Norovirus sangat mudah berjangkit dan juga boleh tersebar menerusi pencemaran makanan dan air.
“Seramai 1,200 pengawal terpaksa dikeluarkan daripada tugas mereka dan akan digantikan dengan 900 askar,” kata pegawai rasmi jawatankuasa penganjur Olimpik Pyeongchang.
Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat punca virus itu, katanya.
Pengawal keselamatan, semua kakitangan daripada syarikat keselamatan ditempatkan di pusat latihan di Pyeongchang, berasingan daripada perkampungan atlet. – AFP, 6 Februari, 2018.
Komen