SERPIHAN besar roket SpaceX yang meletup tujuh tahun lalu dan berlegar di angkasa lepas selepas menyelesaikan misinya akan terhempas ke bulan pada Mac, kata pakar.
Roket itu digunakan pada 2015 untuk diletakkan di orbit satelit NASA yang dipanggil Deep Space Climate Observatory (DSCOVR).
Sejak itu, peringkat kedua roket, atau penggalak, terapung dalam keadaan tidak menentu, kata ahli astronomi Bill Gray kepada AFP pada Rabu.
Gray merupakan individu yang membuat pengiraan mengenai kemungkinan perlanggaran baharu serpihan itu dengan bulan.
Penggalak melepasi agak dekat dengan bulan pada Januari dalam pertemuan yang mengubah orbitnya, kata Gray.
Beliau adalah individu di sebalik Project Pluto, perisian yang membolehkan pengiraan trajektori asteroid dan objek lain di angkasa dan digunakan dalam program pemerhatian angkasa lepas yang dibiayai NASA.
Seminggu selepas serpihan roket menghampiri bulan, Gray memerhatikannya semula dan membuat kesimpulan ia akan terhempas ke bahagian gelap bulan pada 4 Mac dengan kelajuan lebih 9,000km sejam.
Gray meminta komuniti ahli astronomi amatur untuk menyertainya dalam memerhatikan serpihan itu, dan kesimpulannya disahkan.
Masa dan lokasi tepat mungkin berubah sedikit daripada ramalannya tetapi terdapat persetujuan meluas akan berlaku perlanggaran di bulan pada hari itu.
“Saya sudah menjejaki serpihak jenis ini selama kira-kira 15 tahun. Dan ini adalah impak bulan pertama yang tidak disengajakan yang berlaku,” kata Gray kepada AFP.
Ahli astronomi Jonathan McDowell memberitahu AFP kemungkinan kesan serupa telah berlaku tanpa disedari.
“Terdapat sekurang-kurangnya 50 objek yang ditinggalkan di orbit bumi dalam pada tahun 60-an, 70-an dan 80-an yang hanya ditinggalkan di sana. Kami tidak menjejakinya,” katanya.
Impak serpihak roket SpaceX seberat empat tan di bulan tidak akan kelihatan dari bumi dalam masa nyata.
Tetapi ia akan meninggalkan kawah yang boleh diperhatikan oleh saintis dengan kapal angkasa dan satelit seperti Lunar Reconnaissance Orbiter NASA atau Chandrayaan-2 India, dan dengan itu mempelajari lebih lanjut tentang geologi bulan.
Kapal angkasa dengan sengaja terhempas ke bulan sebelum ini untuk tujuan saintifik, seperti semasa misi Apollo untuk menguji seismometer. – AFP, 28 Januari, 2022.
Komen