AKHBAR, radio dan rancangan televisyen swasta di Republik Niger membantah audit cukai yang digelar mereka sebagai usaha untuk menyekat kebebasan media negara itu.
Minggu lalu, ramai pemilik media berkata yang pemeriksa akan melakukan semakan cukai terhadap mereka bermula 2014 sehingga 2017, termasuklah tahun mendatang.
Sekurangnya, lima kumpulan syarikat penyiaran di Niamey menghentikan rancangan mereka pada Isnin pagi tadi, manakala tiga stesen TV menayangkan mesej bantah di skrin bertulis, “Hentikan pembunuhan terhadap kebebasan media di Niger.”
Pemilik media turut mengisukan kenyataan bersama semalam bertujuan menyerang keputusan “meragukan” bagi melepaskan pemeriksaan cukai.
Mereka turut menuduh kerajaan gagal membayar dana tahunan untuk membantu media persendirian yang dianggarkan berjumlah AS$470,000.
Malah mereka turut menuduh pasukan keselamatan kerana menyerang dan menahan wartawan yang membuat liputan anti-kerajaan.
Niger mempunyai sedozen saluran TV, hampir dua dosen radio swasta dan lebih kurang empat dozen akhbar. – AFP, 5 Februari, 2018.
Komen