Firma Jerman yakin pasaran di China 


FIRMA Jerman di China semakin yakin terhadap pasaran di negara berkenaan, serta cenderung bekerjasama dengan pihak tempatan.

Dewan Perniagaan Jerman di Luar Negara (AHK) di China berkata demikian ketika mengumumkan keputusan tinjauan terhadap keyakinan perdagangan sepanjang tempoh 2021-2022, pada Ahad.

Menurut tinjauan tersebut, sebanyak 60 peratus firma Jerman di China berjaya mewujudkan pertumbuhan perniagaan pada 2021, sementara lebih 50 peratus firma lagi menjangka peniagaan akan terus membangun dan meningkat pada 2022.

Data menunjukan bahawa China merupakan pasaran antarabangsa yang penting bagi syarikat-syarikat Jerman.

Untuk rekod, lebih 71 firma Jerman merancang menambah pelaburan di China dan sebanyak 33 peratus firmanya akan melaksanakan lebih banyak kerjasama melibatkan kepakaran teknikal tempatan dan pengendalian di China.

Syarikat Jerman turut berharap kerajaan baharu Jerman terus memperkasa persaingan yang adil, melonggarkan sekatan perjalanan, di samping meneruskan dialog serta komited ke arah mendorong kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Sebanyak 596 firma anggota Dewan Perniagaan China dan Jerman menyertai tinjauan keyakinan komersial kali ini. – Bernama, 24 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen