MAHKAMAH Singapura menangguhkan pendengaran rayuan warga Malaysia yang mengalami kecacatan intelektual untuk membatalkan hukuman mati kerana membawa masuk dadah kepada Februari, kata N Surendran dari Lawyers for Liberty.
“Setakat ini tiada tarikh tepat bila rayuan akan dibuat tetapi pendengaran rayuan pada hari Isnin dibatalkan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Awal bulan ini, Mahkamah Singapura menetapkan 24 Januari untuk mendengar rayuan Nagaentran Dharmalingam.
Nagaenthran ditahan pada 2009 dan dijatuhi hukuman mati pada 2011 di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah kerana mengimport 42.7g diamorphine secara haram.
Dia ditangkap bersama seikat heroin yang diikat pada pahanya ketika memasuki negara itu dari Malaysia melalui pusat pemeriksaan Woodlands pada April 2009.
Nagaenthran didiagnosis mempunyai IQ 69, skor lebih rendah daripada nilai ambang untuk seseorang itu diisytiharkan sebagai individu kecacatan intelek.
Sementara itu, kakak kepada Nagaentran, Sharmila memberitahu The Malaysian Insight bahawa walaupun tarikh itu ditangguhkan, beliau dan keluarganya masih mengharapkan keputusan yang positif.
“Ia adalah satu perhitungan yang lama dan kami hanya berharap akan ada hasil yang positif.
“Saya harap mereka menghapuskan hukuman mati,” katanya.
Rayuan pertama Nagaentran pada November 2011 gagal. – 24 Januari, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen