BERPULUH penyu di sebuah tasik berhampiran Mumbai mati dipercayai akibat keracunan, kata pakar hidupan liar India kepada AFP, hari ini.
Pekerja pemuliharaan dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas seorang ahli politik tempatan meminta mereka menyiasat bau busuk di atas permukaan air di Kalyan, kira-kira 50 kilometer timur kota hiburan India.
Suhas Pawar dari kumpulan Pemuliharaan dan Penyelamat Haiwan Liar Dan Reptilia pemuliharaan dan penyelamat haiwan liar dan reptilia berkata 57 penyu India telah mati manakala enam lagi berjaya diselamatkan.
Beliau mendakwa penduduk tempatan berkemungkinan membunuh reptilia itu untuk menghalang mereka daripada memakan ikan yang mereka ternak secara haram di tasik itu.
“Semuanya sedang disiasat sekarang, bedah siasat dan analisis saintifik akan mendedahkan punca sebenar kematian ini,” kata Pawar.
Beliau menambah sekatan pergerakan susulan Covid-19 sejak dua tahun lalu berkemungkinan membawa kepada lonjakan populasi penyu tempatan.
“Sekatan ke atas aktiviti manusia berkemungkinan meningkatkan stok ikan di tasik dan penyu ini kini semakin banyak dengan memakannya, sekali gus menimbulkan kemarahan sesetengah penduduk tempatan,” kata Pawar.
Penyu India tidak begitu jarang tetapi merupakan spesies yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar. – AFP, 23 Januari, 2022.
Komen