BEIJING pada Ahad berkata kesemua 2 juta penduduk di bandar raya itu yang dikenal pasti mempunyai kluster kecil jangkitan akan dijalankan ujian saringan Covid-19, kurang dua minggu sebelum bermulanya Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas perkhidmatan pos China mengarahkan pekerja membasmi kuman bagi penghantaran antarabangsa selepas pihak berkuasa mendakwa surat boleh menjadi punca kes koronavirus baru-baru ini.
Kira-kira 30 jangkitan dikesan pada minggu lalu di Beijing, salah satu bandar paling ramai penduduk di dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit AS menyatakan risiko dijangkiti daripada permukaan tercemar adalah rendah.
Kes di China merupakan sebahagian kecil daripada lonjakan besar-besaran di seluruh dunia, dengan varian Omicron yang sangat mudah menular menyebabkan peningkatan baharu dalam jangkitan.
Namun begitu, beberapa wabak kecil di seluruh China - termasuk di Beijing - menguji dasar ketat “sifar Covid” negara itu, yang dilakukan oleh pihak berkuasa walaupun seluruh dunia dibuka semula secara beransur-ansur.
Pihak berkuasa tempatan mengenal pasti daerah Fengtai di selatan Beijing sebagai pusat kluster enam jangkitan baharu yang disahkan, menjadikan jumlah kes di ibu negara kepada 34.
Kesemua 2 juta penduduk kawasan itu akan menjalani ujian Covid-19 mulai Ahad.
Sukan Beijing bakal bermula pada 4 Februari, delegasi antarabangsa, petugas media, dan beberapa atlet sudah mulai tiba.
Dalam usaha untuk mengekang koronavirus, China menutup Sukan Olimpik di dalam gelembung yang dikawal ketat melibatkan ribuan orang dan membabitkan kawasan hampir 200km. – AFP, 23 Januari, 2022.
Komen