TURKI menahan seorang wartawan wanita kerana didakwa menghina Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam satu ulasan secara langsung di televisyen, kata peguamnya pada Jumaat.
“Ada peribahasa yang sangat terkenal mengatakan ‘a crowned head becomes wiser’, namun kita lihat ia tidak benar. ‘A bull does not become king just by entering the palace, but the palace becomes a barn’,” kata wartawan Sedef Kabas di saluran Tele1 pada Jumaat.
Beliau menyiarkan komen yang sama kepada 900,000 pengikutnya di Twitter, sebelum ditahan pada malam berkenaan, menurut peguam Ugur Poyraz.
Menteri Kehakiman Abdulhamit Gul dalam ciapan di Twitternya mengutuk kata-kata jelek itu yang menyasarkan presiden.
Kesatuan wartawan Turki menjelaskan penahanan Kabas sebagai serangan serius terhadap hak kebebasan bersuara.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh Turki menafikan kebebasan media dengan menahan wartawan dan menutup saluran media, terutama sejak Erdogan terselamat daripada kegagalan rampasan kuasa pada Julai 2016.
Reporters Without Borders meletakkan Turki di tempat ke-153 daripada 180 dalam indeks kebebasan akhbar 2021. – AFP, 23 Januari, 2022.
Komen