KANADA menawarkan pinjaman AS$95 juta kepada Ukraine untuk menyokong pemulihan ekonomi, di tengah-tengah ketegangan negara itu dengan Rusia.
Tawaran itu diumumkan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau semalam.
“Rusia mahu menggugat kestabilan Ukraine,” katanya kepada pemberita.
“Pinjaman ini akan membantu ekonomi Ukraine. Hubungan kami dengan Ukraine sentiasa baik, kami akan sentiasa beri sokongan yang sewajarnya.”
Tawaran tersebut disambut baik Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky. Dalam catatan di Twitter, Zelensky berkata, “Ukraine yang kuat adalah kunci kepada keselamatan Eropah.”
Dua hari lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken memberi amaran Rusia mungkin akan melancarkan serangan terhadap Ukraine pada bila-bila masa. – AFP, 22 Januari, 2022.
Komen