SEKURANG-kurangnya 70 orang maut dalam serangan udara ke atas sebuah penjara kendalian pemberontak Houthi di wilayah Saada semalam, ketika konflik berpanjangan Yaman.
Rakaman video mengerikan dikeluarkan Houthi menunjukkan mayat hancur di bawah runtuhan akibat serangan yang memusnahkan bangunan penjara.
Manakala di sebelah selatan di bandar pelabuhan Hodeida, sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak maut selepas pakatan diketuai Arab Saudi membedil sebuah kemudahan telekomunikasi ketika mereka sedang bermain di kawasan berdekatan, kata Save the Children.
“Kanak-kanak berkenaan dilaporkan sedang bermain di padang bola sepak berhampiran ketika terkena bedilan peluru berpandu,” kata organisasi itu dalam kenyataan.
Serangan udara itu juga menyebabkan seluruh Yaman mengalami gangguan internet. – AFP, 22 Januari, 2022.
Komen