4 termasuk bayi mati kesejukan dekat sempadan Kanada-AS


Polis Diraja Kanada berkata empat mayat itu ditemui pada Rabu, kira-kira 10 kilometer dari bandar Emerson di tengah Manitoba. – Gambar AFP, 21 Januari, 2022.

EMPAT mayat termasuk seorang bayi ditemui pada Rabu, dipercayai mati kesejukan dalam ribut salji, kata pihak berkuasa Kanada semalam.

“Berdasarkan siasatan awal, kesemua mereka mati akibat terdedah kepada cuaca sejuk melampau,” kata Polis Diraja Kanada (RCMP) dalam satu kenyataan.

RCMP berkata suhu mayat ketika ditemui semasa ribut salji itu pada Rabu ialah -35 darjah Celsius.

Mayat dua orang dewasa dan bayi itu ditemui kira-kira 12 meter menghala sempadan Amerika Syarikat (AS), iaitu kira-kira 10 kilometer dari bandar Emerson di tengah Manitoba. Mayat keempat iaitu seorang remaja lelaki ditemui kemudian.

Juga pada Rabu, pihak berkuasa AS menahan sekumpulan individu menyeberang sempadan dan membawa bersama barangan bayi. Bagaimanapun tiada bayi ditemui bersama mereka, mendorong operasi pencarian dijalankan di kedua-dua belah sempadan. 

Mayat pertama ditemui beberapa jam selepas itu.

Kewarganegaraan mangsa tidak didedahkan. – AFP, 21 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen