Kes bunuh di Mexico menurun pada 2021


Menurut Menteri Keselamatan Rosa Icela Rodriguez, walaupun Mexico mencatatkan penurunan kes bunuh pada 2021, namun beberapa jenis jenayah seperti peras ugut, rogol dan beberapa jenis rompakan semakin meningkat. – Gambar EPA, 21 Januari, 2022.

MEXICO merekodkan 33,308 pembunuhan tahun lalu, menandakan penurunan 3.6 peratus berbanding 2020, di negara yang telah lama dilanda keganasan kartel dadah, menurut angka rasmi pada Khamis.

Kes bunuh berada pada “trend menurun,” kata Menteri Keselamatan Rosa Icela Rodriguez selepas dua tahun kes meningkat.

Pembunuhan mencecah 34,690 pada 2019, tertinggi dalam rekod, sebelum menurun sedikit kepada 34,554 pada 2020.

Sejak 2006 apabila kerajaan presiden ketika itu Felipe Calderon melancarkan operasi ketenteraan antidadah yang kontroversi, Mexico telah merekodkan lebih 300,000 pembunuhan, menurut angka rasmi.

Geng yang berjuang untuk mengawal laluan penyeludupan dadah, pendatang dan bahan api sering berusaha menakutkan pesaing mereka dengan meninggalkan mayat tergantung di jambatan atau dibuang di tempat awam.

Beberapa jenis jenayah termasuk peras ugut, rogol dan beberapa jenis rompakan semakin meningkat, kata Rodriguez.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador memegang jawatan pada 2018 dengan memperjuangkan strategi “dakap bukan peluru” untuk menangani jenayah kekerasan dengan memerangi kemiskinan dan ketidaksamaan program sosial, bukannya dengan tentera.

Beliau juga mewujudkan pasukan keselamatan baru, Pengawal Kebangsaan, yang terdiri daripada elemen-elemen angkatan tentera. – AFP, 21 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen