LAPANGAN terang Dubai merupakan antara yang paling sibuk bagi penumpang antarabangsa pada 2017 untuk kali keempat berturut-turut dengan jumlah pengunjung hingga 88.2 juta, kata agensi berita Emiriah Arab Bersatu (UAE), WAM hari ini.
Trafik udara di lapangan terbang itu meningkat sehingga 4.6 juta penumpang berbanding tahun sebelumnya, kata WAM, walaupun larangan terhadap komputer riba masih dikenakan dalam penerbangan ke Amerika Syarikat.
Terletak di laluan antara benua, Dubai merupakan antara lapangan terbang negara teluk yang mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan setiap tahun.
Lapangan terbang Dubai, pangkalan bagi syarikat penerbangan UAE, Emirates, mengatasi lapangan terbang Heathrow, London bagi penumpang antarabangsa pada 2014 dan kekal menerajui carta sejak itu.
Amerika Syarikat pada Mac tahun lalu melarang komputer riba dan komputer tablet di dalam kabin pesawat bagi penerbangan dari beberapa negara Timur Tengah dan negara rata Afrika termasuk UAE.
Namun syarikat penerbangan Emirates pada Julai mengumumkan ia berjaya mendapatkan pengecualia bagi penerbangan dari Dubai selepas melaksanakan beberapa langkah keselamatan. – AFP, 5 Februari, 2018.
Komen