Biden sahkan Kamala Harris calon gandingan pilihan raya 2024


Presiden AS Joe Biden semalam mengesahkan Kamala Harris akan menjadi calon gandingannya pada pilihan raya 2024.– Gambar EPA, 20 Januari, 2022.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden semalam mengesahkan beliau dan timbalannya Kamala Harris akan bertanding semula pada pilihan raya 2024.

“Harris akan menjadi calon gandingan saya,” kata Biden pada sidang media sempena setahun pentadbirannya.

Dalam temu bual bersama Harris Wall Street Journal pada Disember lalu, berkata perkara itu masih belum dibincangkan, ketika timbul spekulasi beliau mungkin tidak akan bertanding semula jika Biden memutuskan untuk tidak bertanding lagi.

“Saya belum fikirkan lagi, dan kami belum bincangkannya,” katanya ketika ditanya kemungkinan Biden, 79, akan bertanding semula.

Harris mencipta sejarah sebagai wanita kulit hitam pertama dilantik sebagai naib presiden AS. 

Beliau yang mempunyai darah Asia Selatan, India dan Jamaica, juga menjadi wanita pertama mempunyai darah campuran menjawat jawatan itu. – AFP, 20 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen