Tiket Piala Dunia Qatar serendah RM46


Penduduk Qatar termasuk buruh migran boleh mendapatkan tiket perlawanan Piala Dunia 2022 dengan harga serendah AS$11 (RM46). – Gambar EPA, 19 Januari, 2022.

JUALAN tiket Piala Dunia Qatar dilancarkan hari ini pada harga lebih murah dengan penduduk dan pekerja asing boleh menonton kejuaraan bola sepak dunia itu serendah AS$11 (RM46) susulan kebimbangan berterusan terhadap Covid-19.

Pihak berkuasa masih belum mengumumkan jumlah peminat akan dibenarkan masuk ke stadium untuk menyaksikan Piala Dunia pertama di negara Arab, yang dijadualkan berlangsung dari 21 November hingga 18 Disember.

Badan induk bola sepak dunia, FIFA membuka cabutan bertuah yang menawarkan tiket perlawanan individu dengan harga serendah AS$69 (RM289.32) untuk peminat antarabangsa – kira-kira satu pertiga lebih murah berbanding Piala Dunia Rusia 2018 – tetapi tiket untuk perlawanan akhir boleh mencecah sehingga AS$1,607 (RM6,738.15).

Layanan ke atas penduduk Qatar termasuk buruh migran menimbulkan kontroversi terhadap penganjur apabila boleh mendapatkan tiket dengan harga serendah AS$11 (RM46).

Peminat yang membeli pakej berbeza – untuk perlawanan individu atau mengikut pasukan atau tiket stadium khas – layak menyertai cabutan bertuah selepas tarikh akhir pertama pada 8 Februari.

Menurut FIFA, peminat yang berjaya dalam cabutan bertuah itu akan diberitahu pada 8 Mac. – AFP, 19 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen