5 penghuni pusat jagaan warga emas rentung di Sepanyol


LIMA maut sementara beberapa yang lain cedera dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan warga emas di timur Sepanyol, awal pagi tadi.

Difahamkan kebakaran bermula tengah malam di pusat jagaan di bandar Moncada, Valencia.

Sebanyak enam jentera bomba dikerahkan, menurut anggota bomba wilayah di Twiitter.

“Lima maut manakala 11 orang dibawa ke hospital kerana terhidu asap,” katanya.

Anggota bomba berjaya menyelamatkan 25 lagi penghuni pusat jagaan itu dan 70 lagi sempat dikeluarkan dari premis.

Media tempatan memetik saksi menggambarkan petugas pusat jagaan itu bersama anggota bomba dan pegawai polis, menyelamatkan warga emas melalui satu daripada tangga bangunan dua tingkat itu.

Menurut akhbar tempatan, siasatan awal menunjukkan kebakaran mungkin berpunca daripada litar pintas dalam unit oksigen. – AFP, 19 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen