Suspek serangan Paris dibawa ke Brussels untuk dibicarakan


Polis Perancis mengiringi konvoi kenderaan yang difahamkan membawa Salah Abdeslam, suspek utama dalam serangan Paris pada November 2015, dari penjara Fleury-Merogis di pinggir selatan Paris, ke mahkamah di Brussels untuk menghadapi perbicaraan. – Gambar AFP, 5 Februari 2018.

SUSPEK terakhir yang hidup dalam serangan Paris 2015, Salah Abdeslam, meninggalkan penjara di Perancis untuk dibicarakan di Brussels pada Isnin berhubung kejadian tembak menembak yang membawa kepada penangkapannya, kata sumber dekat dengan siasatan kes itu.

“Dia tidak lagi berada di Fleury-Merogis,” kata sumber itu kepada AFP, merujuk kepada penjara di pinggiran Paris di mana Abdeslam dipenjarakan.

Konvoi kenderaan polis taktikal meninggalkan penjara antara 3.30 dan 4.00 pagi (0230-0300 GMT), menurut seorang wartawan AFP, walaupun tidak dapat mengenal pasti penumpangnya.

Perbicaraan di Brussels berkisar mengenai kejadian berbalas tembakan di ibu kota Belgia pada 15 Mac 2016, empat bulan selepas serangan Paris, yang membawa kepada penangkapan Abdeslam beberapa hari kemudian. Tiga pegawai polis yang cedera dan seorang rakan yang bersekongkol terbunuh.

Pendakwaan ini adalah permulaan kepada perbicaraan di Perancis di mana pendakwa berharap kes Brussels akan menghasilkan petunjuk bukan hanya mengenai serangan yang membunuh 130 orang di Paris tetapi juga pengeboman bunuh diri beberapa bulan kemudian di Brussels. – AFP, 5 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen