3,245 kes baharu Covid-19 hari ini


Malaysia kini mempunyai 2.8 juta kes sejak wabak mula meledak di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Januari, 2022.

MALAYSIA hari ini melaporkan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan 3,245 kes direkodkan setakat tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, negara melaporkan 2,342 kes baharu.

Dengan data terbaru itu, Malaysia kini mempunyai 2.8 juta kes sejak wabak mula meledak di negara ini.

Perincian kes akan dikemas kini di laman web CovidNow selepas tengah malam ini.

Sementara itu, 97.8% populasi dewasa negara atau 22.9 juta orang sudah melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam.

Bagi populasi remaja yang berusia antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 91% sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dengan 88.2% atau 2.77 juta sudah melengkapkan vaksinasi mereka. – 18 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen